Friday, 9 March 2012

sujud sebagai ibadah....antara yg sujud kpd ALLAH adalah....

rase mcm bes plak bace satu nih..so terdetik nak share dgn suma....sujud???setiap kali solat mesti kita sujud...sujud nih byk jenis...sujud tilawah..sujud syukur...tp skrg nih bkn nak cite jenis2 sujud tp nak cite antara  ciptaan ALLAH yg sujud kpd ALLAH....sujud yg kita slalu buat sebenarnya menandakan kepatuhan dan ketaatan kpd ALLAH....(surah fussilat:37)(surah al-najmi :62) (al-'alaq:19)

  • malaikat sujud
surah al hijra:30>>maka sujudlah malaikat semuanya tanpa kecuali

  • bintang dan pokok sujud
surah al-rahman :6>>dan bintang dan pokok semuanya sujud kpd ALLAH

  • bayang-bayang sujud
surah al-nahl :48>>apakah tidak mereka memperhatikan bahawa apa-apa yang dijadikan ALLAH,dari tiap-tiap sesuatu bayangannya,kadang-kadang condong ke kanan dan ke kiri kerana sujud kepada ALLAH dalam keadaan merasa hina di hadapan kemuliaan ALLAH.

  • makhluk yang melata sujud
surah al-nahl :49-50>>dan bagi ALLAH bersujud apa-apa yang di bumi iaitu semua makhluk yang melata dan malaikat dalam keadaan merendah diri(tidak takbur).Mereka itu takut kepada Tuhan yang amat berkuasa ke atas mereka dan mereka melakukan apa sahaja yang diperintahkan ke atas mereka.


  • semua makhluk sujud kepada ALLAH 
surah al-nahl :49>>dan bagi ALLAHlah bersujud apa sahaja yang di langit dan apa sahaja yang di bumi....


(buku tasawwur islam prof.dr.haron din)







No comments:

Post a Comment