Saturday 28 January 2012

cinta xseharusnya memiliki


cinta x seharusnya memiliki???mcm pelik ja kan..bercinta bertahun2, jnji sehdp semati la..tiba2 kata cinta xseharunya memiliki plak...kat bwh nih ada satu kisah yg berkaitan dgn tajuk hari nih...




Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq.  Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…
Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati.  Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya.
Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya.  Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya.  Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.
Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…
Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.
“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.
Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.
Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.
“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi.  Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.  Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya.  Saya datang untuk mewakilisaudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.
“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia.  Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama.  Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”.  Tuan rumah memberi isyarat kea rah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.
“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu.  Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya.  “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman.  Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”
Jelas sekali.  Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!
Ya, memang mengejutkan dan ironi.  Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman.  Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.
“Allahu Akbar!!” seru Salman.  “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”
Cinta memang tak harus memiliki…kdg2...sedlm cinta mna pon cinta kita pd seseorg,blom tentu dia adalah jodoh kita...sbb cinta kpd manusia xpernah kekal sebaliknya kdg2 mengundang kekecewaan...tp kejarlah cinta ALLAH...sbb cinta Allah kekal....dan x pernah mengecewakan...dan jika kita cintakan seseorg tak bermaksud kisah cinta kita berakhir dgn satu perkahwinan dgn dia...so waktu2 mcm tuh la kena muhasabah blk....yg sebenarnya cinta xsemestinya mesti dimiliki tetapi cukuplah sekadar kita melihat dan mendoakan org yg kita cinta tuh bahagia...kan itu lebih elok....

Tuesday 17 January 2012

membina mahligai di syurga...

"jgn meninggal dunia sebelum mememastikan kita ada kediaman yg selesa utk menetap di sna"
tajuk kat ats tuh menarik minat diri nih nak bca dan baca lagu cerita disebalik tajuk tuh....

abu ayyub al-ansari berkata bahawa pd mlm Israk,Baginda Nabi S.A.W. berlalu melintasi Nabi Ibrahim A.S.Nabi Ibrahim bertnya:"Siapakah orang yang bersmamu itu wahai Jibrail?"Jibrail menjawab : Ini MUHAMMAD."Nabi Ibrahim berkata "Wahai Muhammad,perintahkan umatmu utk memperbykkan menanam pokok di syurga.Sebab tanahnya sgt subur dan tanahnya sgt luas."
Nabi S.A.W. bertnya:'Bagaimanakah menanam pokok-pokok di syurga?Nabi Ibrahim menjawab:"Ucapkan kalimat "LAHAWLA WA LA QUWATAILLA BILLAH."hadis ini diriwayatkan oleh IMAM AHMAD...
 >so bg sesiapa yg nak rumah yg megah di syurga kelak jgn lupa sentiasa ringankan mulut utk berzikir kpd ALLAH...cbok mcm mna sekali pon dlm sehari tuh wajib kita spend kan masa kita sekurang2nya lima minit utk berzikir kpd ALLAH...
AL-hafiz ibn abi al-dunya meriwayatkan drp Hakim al-Ahmasi:"Aku mendgr bahawa syurga dibgnkan dgn zikir.Apabila zikir itu terhenti maka berhenti juga malaikat yg bekerja membangunkannya.Apabila mereka ditanyakan:"Mengapa kamu berhenti bekerja?"Mereka menjawab:"Kami sedang menunggu bahan-bahannya."

Selain itu,al-tirmizi dan al-Nasa'i meriwayatkan drp Jabir,Rasullah s.a.w bersabda yg bermaksud:"sesiapa yang membaca SUBHANALLAH AL-AZIM WA BIHAMDIH,maka akan ditanamkan baginya pokok kurma di syurga."

 so kpd smua shbt2...klu inginkan kediaman yg selesa di syurga...maka perbykkanlah zikir....^ ^

Wednesday 11 January 2012

5 perkara...





sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari kiamat;dan Dia yang menurunkan hujan,dan mengetahui apa yang ada dalam rahim.Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui(dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok.Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.Sungguh,Allah Maha Mengetahui,Maha Mengenal..
 (surah lukhman,ayat 34)


kesimpulannya ada 5 perkara yg manusia tidak tahu tp hnya ALLAH ja yg tawu iaitu:-

*bila kiamat akan berlaku*
*bila hujan akan turun*
*apa yang ada dalam rahim seorang ibu*
*apa yang akan berlaku esok*
*dan di mana seorang manusia itu akan mati*


Tuesday 10 January 2012

kenapa???


hari nih nak shared something bnda yg best ..yg  baca kat libry td.....hrp bermanfaat utk semua...


kenapa aku diuji???
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah menegtahui orang-orang yang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankaabut,ayat 2&3)


kenapa aku tak dapat apa yang diidamkan???
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahalia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah,ayat 216)


kenapa ujian seberat ini???
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."(Surah Al-Baqarah,ayat286)


kenapa rasa kecewa???
"Janganlah kamu bersikap lemah.dan janganlah pula kamu bersedih hati ,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman."(Surah Al-Imran,ayat 139)


bagaimana harus aku menghadapinya???
"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,di  medan perjuangan),dan bersedialah(dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya,kamu berjaya (mencapai kemenangan)."(Surah Al-Imran,ayat 200)

"Dan mintaklah pertolongan(kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yanh khusyuk."(Surah Al-Baqarah,ayat 45)


*conclusion die jgn cpt mengeluh dgn apa yg terjadi,dan segala apa yg terjadi ada hikmahnya dan semuanya ada dalam ALQURAN....dan jika semua persoalan tuh ada difikiran kita usahlah ssh2 cari buku motivasi sebaliknya carilah kitab motivasi yg x dpt ditandingi iaitu ALQURAN...insyaallah...insyaallah  hati akan lebih tenang selepas itu....renung2kan dan selamat beramal.....

Monday 9 January 2012

kalimat-kalimat ALLAH...





                                                     
~ surah al-kahfi ~

Maksudnya : Katakanlah (Muhammad),"seandainya lautan menjadi tinta untuk
menulis kalimat-kalimat Tuhanku,maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai 
penulisan kalimat-kalimat Tuhanku,meskipun Kami datangkan tambahan 
sebanyak itu pula...


                                                                                                               

  ~ surah lukhman ~

Maksudnya : Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan(menjadi tinta)
ditambahkan kepadanya tujuh lautan lagi setelah keringnya , nescaya tidak akan habisnya(dituliskan)
kalimat-kalimat ALLAH..sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa,dan Maha bijaksana...



pengajaran :tiada TUHAN selain ALLAH...dan tiada yg dpt menandinginya....xterbilang KALIMAT-KALIMAT ALLAH.....

Sunday 8 January 2012

new blog...





first sekali nak gtau yg xtau la yg ke brapa blog aku...tp rasanya yg nih mybe mantain kot..ehheh....blog nih aku wat bukan nak cita mengenai diri aku or sape2....tp blog nih just utk shared ilmu apa2 yg bleh disharedkan....disbbkan masa terluang nak tulis blog pon x bape nak ada...so terpksa la curi2 masa yg ada ckit2 nih utk update ape2 yg ptt....