Tuesday 20 March 2012

ATTAWAZUN & BERPASANGAN

attawazun???mksud apa tuh???attawazun bermaksud timbang,menimbang,timbangan,mempunyai pertimbangan yg serasi.....dlm konteks tasawwur islam ia bermaksud sesuatu yg mempunyai pertimbangan yg amat sesuai dgn khdpn manusia....segala ajarannya tdk berat sebelah....bkn hnya pntgkan ukhrawi shj ttpi turut sma mementingkan duniawi...Contoh kejadian-kejadian ALLAH yg lain yg mempunyai tawazun:-


  • surah ar-rahman:7(kejadian langit)

dan langit itu diangkat tinggi serta diletakkan neraca pertimbangan


  • surah al-hijra:19(kejadian bumi)

dan bumi,Kami hamparkannya terbentang luas,ditegakkannya gunung-ganang dan Kami tumbuhkan padanya tumbuh-tumbuhan yang semuanya itu berlaku mengikut ukuran pertimbangan


  • surah al-syura:179penurunan ALQURAN)

Allahlah yang menurunkan AL QURAN dengan benar dan neraca pertimbanganNYA

semua kejadian ALLAH dlm alam semesta ini diwujudkan al tawazun spt dlm AL QURAN..ayt bape x
 sure :
(Allahlah)yang mencipta tujuh langit berlapis-lapis.Kamu sekali-kali tidak melihat pada penciptaan ALLAH yang Maha Pemurah,sesuatu yang tak seimbang.Lihatlah berulangkali,apakah kamu dapat sesuatu yang tidak berimbang?Kemudian pandanglah lagi dan lagi,nescaya penglihatan kamu akan kembali kepadamu dengan hampa,kerana ia tidak menemukan sesuatu kecacatan.

altawazun dlm ALQURAN(kalimat2 ini diulang secara sma bilangannya):-

dunia (115 x)                         akhirat (115x)
malaikat(68 x)                       syaitan (68 x)
hidup(145x)                           mati (145x)
kemanfaatan (50x)                 kerosakan (50x)
sejuk (4x)                              panas (4x)
musim sejuk (5x)                    musim panas (5x)
amal yang baik (167x)           amal jahat (167x)
neraka (26x)                          balasan siksa (26x)
suci(31x)                               bersih hati (31x)
manusia(241x)                       rasul-rasul (241x)

dlm kalimah syahadah jg mempunyai huruf yg tawazun


MENGANDUNGI 12 HURUF


MENGANDUNGI 12 HURUF


kesimpulannya : attawazun amat sesuai dan serasi dgn insan sejagat.Allah yg ciptakan manusia.Dia jg menciptakan islam utk manusia itu.Allah amt mengetahui dgn keperluan manusia yg hakiki lalu menciptakan ISLAM utk kesrasiannya....

Friday 16 March 2012

LA ADRI....a.k.a aku tidak tahu....

nak kgsi penglm ckit....sblom ke klinikal lctrer dh pesan awl2...klu x ingt ape yg awk blaja,jgn ckp yg lctrer awak x ajar...tp katakanlah,,SAYA X INGT,SAYA X TAHU....2 alasan yg plg kukuh n utk elak kena mrh..;)...klu jwb selain dari tuh sure kena mrh....so setelah 2 mggu prctcl berdasarkan ape yg dikatakan oleh lctrer sy tuh btoll...sy try la prctikkan...

apa yg dimaksudkan dgn saya tidak tahu @ la adri...


 Dalam karya agung Hujatul Islam al-Imam Ghazali ada menyebut dalam bab pertama kitab Ihya Ulumuddin mengenai perilaku dan kenyataan ulama. Dan apabila ditanya kepada mereka sesuatu yang diragukan, maka mereka akan menjawab, 'La adri (aku tidak tahu)'.Rasulullah SAW pernah berpesan: "Ilmu itu ada tiga bahagian: Kitab yang berbicara, Sunah yang berdiri tegak dan la adri (aku tidak tahu)". (Hadis direkodkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar, hadis marfu').


 Berkata la adri juga antara cara yang lembut bagi menyatakan ketidaktahuan kita. Asy-Sya'bi  berkata, "La adri adalah setengah daripada ilmu.Sesiapa yang berdiam diri kepada perkara yang tidak diketahuinya kerana Allah taala, maka tidak akan kurang pahalanya berbanding orang yang berkata-kata.Mustahil bagi seorang manusia biasa sebagaimana tinggi dan alimnya ilmu mereka dapat menjawab semua persoalan yang diusulkan.Sedangkan Rasulullah SAW sendiri apabila ditanya kepada Baginda sesuatu yang tidak atau belum diketahuinya, tanpa segan dan takut maruahnya sebagai pemimpin agung orang Islam tercalar, baginda akan menjawab, "La adri."


  Ibnu Mas'ud menerangkan, "Orang yang memberi fatwa terhadap semua persoalan yang diminta kepada mereka fatwanya adalah gila!" Seterusnya beliau menyambung, "Benteng orang alim itu adalah la adri.Janganlah menjerumuskan diri kita ke dalam lembah kehinaan hanya kerana sebuah ego dan takut dianggap orang tidka berilmu.hayati kisah daripada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tatkala Rasulullah SAW ditanyakan mengenai tempat yang terbaik dan terburuk di bumi, maka Nabi SAW menjawab, 'La adri.'Sehingga datang Jibril kepada Baginda dan ditanya kepada Jibril. Jibril menjawab, "La adri." Sehingga kemudian Allah taala sendiri yang memberitahu kepada Baginda bahawa tempat yang terbaik adalah masjid, manakala tempat yang terburuk adalah pasar." (Direkodkan oleh Ahmad, Abu Ya'la, Al-Bazzar dan Al-Hakim daripada Ibnu Umar)


 Bayangkan Rasulullah sendiri tanpa memikirkan betapa malu dirinya yang dianggap sebagai seorang utusan Allah yang mendapat wahyu apabila menjawab'tidak tahu' apabila ditanya.Namun dek kerana dirinya benar-benar tidak tahu, Rasulullah sanggup berkata tidak tahu berbanding mereka-reka seterusnya berbohong demi tidak mahu malu. Ini adalah sunnah dan teladan kepada kita umatnya, pengajaran yang sangat besar ada di sana yakni kejujuran dan kebenaran adalah lebih penting daripada kesombongan dan maruah diri sendiri.













Friday 9 March 2012

sujud sebagai ibadah....antara yg sujud kpd ALLAH adalah....

rase mcm bes plak bace satu nih..so terdetik nak share dgn suma....sujud???setiap kali solat mesti kita sujud...sujud nih byk jenis...sujud tilawah..sujud syukur...tp skrg nih bkn nak cite jenis2 sujud tp nak cite antara  ciptaan ALLAH yg sujud kpd ALLAH....sujud yg kita slalu buat sebenarnya menandakan kepatuhan dan ketaatan kpd ALLAH....(surah fussilat:37)(surah al-najmi :62) (al-'alaq:19)

  • malaikat sujud
surah al hijra:30>>maka sujudlah malaikat semuanya tanpa kecuali

  • bintang dan pokok sujud
surah al-rahman :6>>dan bintang dan pokok semuanya sujud kpd ALLAH

  • bayang-bayang sujud
surah al-nahl :48>>apakah tidak mereka memperhatikan bahawa apa-apa yang dijadikan ALLAH,dari tiap-tiap sesuatu bayangannya,kadang-kadang condong ke kanan dan ke kiri kerana sujud kepada ALLAH dalam keadaan merasa hina di hadapan kemuliaan ALLAH.

  • makhluk yang melata sujud
surah al-nahl :49-50>>dan bagi ALLAH bersujud apa-apa yang di bumi iaitu semua makhluk yang melata dan malaikat dalam keadaan merendah diri(tidak takbur).Mereka itu takut kepada Tuhan yang amat berkuasa ke atas mereka dan mereka melakukan apa sahaja yang diperintahkan ke atas mereka.


  • semua makhluk sujud kepada ALLAH 
surah al-nahl :49>>dan bagi ALLAHlah bersujud apa sahaja yang di langit dan apa sahaja yang di bumi....


(buku tasawwur islam prof.dr.haron din)