Friday 16 March 2012

LA ADRI....a.k.a aku tidak tahu....

nak kgsi penglm ckit....sblom ke klinikal lctrer dh pesan awl2...klu x ingt ape yg awk blaja,jgn ckp yg lctrer awak x ajar...tp katakanlah,,SAYA X INGT,SAYA X TAHU....2 alasan yg plg kukuh n utk elak kena mrh..;)...klu jwb selain dari tuh sure kena mrh....so setelah 2 mggu prctcl berdasarkan ape yg dikatakan oleh lctrer sy tuh btoll...sy try la prctikkan...

apa yg dimaksudkan dgn saya tidak tahu @ la adri...


 Dalam karya agung Hujatul Islam al-Imam Ghazali ada menyebut dalam bab pertama kitab Ihya Ulumuddin mengenai perilaku dan kenyataan ulama. Dan apabila ditanya kepada mereka sesuatu yang diragukan, maka mereka akan menjawab, 'La adri (aku tidak tahu)'.Rasulullah SAW pernah berpesan: "Ilmu itu ada tiga bahagian: Kitab yang berbicara, Sunah yang berdiri tegak dan la adri (aku tidak tahu)". (Hadis direkodkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar, hadis marfu').


 Berkata la adri juga antara cara yang lembut bagi menyatakan ketidaktahuan kita. Asy-Sya'bi  berkata, "La adri adalah setengah daripada ilmu.Sesiapa yang berdiam diri kepada perkara yang tidak diketahuinya kerana Allah taala, maka tidak akan kurang pahalanya berbanding orang yang berkata-kata.Mustahil bagi seorang manusia biasa sebagaimana tinggi dan alimnya ilmu mereka dapat menjawab semua persoalan yang diusulkan.Sedangkan Rasulullah SAW sendiri apabila ditanya kepada Baginda sesuatu yang tidak atau belum diketahuinya, tanpa segan dan takut maruahnya sebagai pemimpin agung orang Islam tercalar, baginda akan menjawab, "La adri."


  Ibnu Mas'ud menerangkan, "Orang yang memberi fatwa terhadap semua persoalan yang diminta kepada mereka fatwanya adalah gila!" Seterusnya beliau menyambung, "Benteng orang alim itu adalah la adri.Janganlah menjerumuskan diri kita ke dalam lembah kehinaan hanya kerana sebuah ego dan takut dianggap orang tidka berilmu.hayati kisah daripada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tatkala Rasulullah SAW ditanyakan mengenai tempat yang terbaik dan terburuk di bumi, maka Nabi SAW menjawab, 'La adri.'Sehingga datang Jibril kepada Baginda dan ditanya kepada Jibril. Jibril menjawab, "La adri." Sehingga kemudian Allah taala sendiri yang memberitahu kepada Baginda bahawa tempat yang terbaik adalah masjid, manakala tempat yang terburuk adalah pasar." (Direkodkan oleh Ahmad, Abu Ya'la, Al-Bazzar dan Al-Hakim daripada Ibnu Umar)


 Bayangkan Rasulullah sendiri tanpa memikirkan betapa malu dirinya yang dianggap sebagai seorang utusan Allah yang mendapat wahyu apabila menjawab'tidak tahu' apabila ditanya.Namun dek kerana dirinya benar-benar tidak tahu, Rasulullah sanggup berkata tidak tahu berbanding mereka-reka seterusnya berbohong demi tidak mahu malu. Ini adalah sunnah dan teladan kepada kita umatnya, pengajaran yang sangat besar ada di sana yakni kejujuran dan kebenaran adalah lebih penting daripada kesombongan dan maruah diri sendiri.













No comments:

Post a Comment