Saturday 16 February 2013

tgk yg bwh bkn yg ats..

bismillahhirahmanirrahim....

-beratnya dugaan aku nih...org lain sng ja...tp aku??
-knpa la aku yg dpt pnykt nih knpa tak si biah(bkn nama sbnr) umah sblh tuh?
-dia tuh dh la kaya,cntik plak tuh,rajin plak tuh...aku nak brubh ikut dialah...
-kenapa dia bleh lulus suma sbject,siap DL lg,pdhal hari tgk cita korea...aku nih buku
 asyk kat tgn x lulus2 jgk....xnak stdy dh la lps nih nak ikt cara dia....

itulah keluhan2 yg pernah diluahkan...
sbnrnya sedar tak kita segala ujian yg ALLAH timpakan kpd kita adalah tnda cinta dan syg ALLAH pd kita...ALLAH sdg menilai anda utk mghadapi segala ujianNYA...mgkin hamba2 ALLAH yg berada di comfort zone x pernah merasainya lg..mgkin satu hari nnt apabila dugaan dtg,dan mgkin waktu tuh jgk hati anda akan dijentik dgn segala kenikmatan drp ALLAH melalui ujian2 tersebut....

kdg2 kita rase ujian yg kita dpt tuh dh besar mcm gajah,mcm kita ja yg ssh dlm dunia nih,mcm kita sorang ja x mkn dlm dunia nih,mcm kita sorang ja yg xlulus exm....mcm kita sorang ja dpt pnykit2 tuh....

then bila suma ujian tuh jd kat diri sndiri waktu tu la cbok nak cari tasik (sbb nak jerit kuat2),cari bntl or selimut(sbb nak nages puas2)padahal kita lupa sbnrnya bila suma ujian tuh dtg tmpt kita kmbali pd ALLAH bkn kat tasik yg bleh naik itik kayuh2 tuh,n bukan bntl yg sarung polka dot tuh...suma tuh x bleh settle mslh...YG BLEH SETTTLE MSLH KITA IALAH ALLAH...TUHAN YG MENJADIKAN SUMA UJIAN TUH KAT KITA...nih ade bukti ALLAH bg ujian sesuai dgn diri kita...
"ALLAH tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dgn kemampuannya..(1:286)

so,jgn kita rase diri kita yg plg ssh,plg terok dpt musibah,pdhal ada org lg terok espeseli....negara yg lain...ALLAH bg musibah kat sesuatu pd kita dan dlm masa yg sma ALLAH turut bg satu kesenangan dan kenikmatan pd kita..xcya??try check n pk2 blk..mesti ada...cuma kita ja yg x pernah nak syukur....ingt kita kena slalu tgk org yg di bwh kita(org yg lg ssh)...bkn org di ats kita(org yg dh sng)...


semoga sharing nih dpt..mnyentuh hati2 hamba ALLAH....



Friday 1 February 2013

hidup ibarat secawan kopi...


Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka. Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.

Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini. Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan air kopi untuk tetamu-tetamunya.

Beliau kemudiannya keluar dengan membawa satu bekas besar yang berisi air kopi dan beberapa jenis cawan. Ada cawan itu diperbuat daripada porselin, plastik, kaca dan kristal. Ada yang kelihatan ringkas sahaja, ada yang kelihatan murah, ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.

Pensyarah itu mempelawa tetamu-tetamunya agar melayan-diri. Masing-masing pergi ke meja tempat dihidangkan air kopi itu dan menuangkan sendiri air kopi ke dalam cawan yang berbagai-bagai bentuk dan buatannya itu. Setelah semuanya mengambil secawan kopi, pensyarah itu berkata:

“Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil, tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah tiada sesiapa yang mahu mengambilnya. Biasalah tu, memang semua nakkan yang terbaik untuk diri sendiri kan…”

Beliau kemudian menyambung.

“Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda. Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa tertekan dengan kerjaya dan kehidupan.”

“Saya pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan apa-apa nilai kepada air kopi yang anda minum. Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu hanya membuatkan kopi yang diminum itu lebih mahal harganya. Dan di dalam situasi yang lain, cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum.”
“Apa yang anda semua betul-betul mahukan adalah air kopi itu, bukan cawannya. Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya, dan kemudian anda memandang dan menjeling ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat siapakah yang memiliki cawan yang paling cantik atau paling bagus.”

“Sekarang, cuba anda fikirkan: KEHIDUPAN adalah air kopi. Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat adalah cawan. Itu semua merupakan alat untuk memegang dan terkandung di dalamnya KEHIDUPAN!

“Rupa dan jenis cawan tidak memberi makna atau mengubah nilai KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini. Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan kepada rupabentuk CAWAN, kita gagal untuk menikmati AIR KOPI itu. Jadi, nikmatilah AIR KOPI itu, bukan CAWANNYA!”

“Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang memiliki yang terbaik dalam setiap perkara. Manusia yang bahagia adalah mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara.”

“Hiduplah dengan sederhana. Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan sungguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah…dan hayatilah kehidupan ini dengan penuh makna, dan jangan terlalu ditumpukan kepada aksesori kehidupan”